Peniaga minyak bertindak berhati-hati

Peniaga minyak bertindak berhati-hati

SINGAPURA, 10 Mei (AFP) – Peniaga minyak bertindak berhati-hati di Asia hari ini selepas kerugian mendadak pada hari sebelumnya tatkala ancaman kebakaran hutan ke rantau pengeluaran minyak Alberta di Kanada berkurangan dan mata wang dolar yang kukuh menjejas sentimen.

Pihak berkuasa Kanada sedang menumpu untuk memulihkan pengeluaran selepas kebakaran yang telah meletus selama seminggu memaksa syarikat minyak di kawasan itu supaya menutup operasi, mengurangkan pengeluaran sebanyak satu juta tong sehari.

Perdana menteri Alberta mengunjungi bandar yang paling teruk terjejas Fort Murray, pintu masuk ke simpanan ketiga terbesar di dunia, semalam dan berkata ia masih berada dalam keadaan baik sebahagiannya walaupun kerosakan akibat kebakaran hutan yang memaksa berpuluh ribu penduduk berpindah.

Pada kira-kira 0330 GMT, minyak AS West Texas Intermediate untuk hantaran pada Jun merosot 11 sen, atau 0.25 peratus, pada AS$43.33 dan minyak mentah Brent naik tujuh sen, atau 0.16 peratus, pada AS$43.70.

Semalam, WTI merosot 2.7 peratus dan Brent merosot 3.8 peratus.

“Satu perubahan dalam cara angin bertiup di rantau pasir minyak Kanada sedang meredakan kebimbangan mengenai pemotongan pengeluaran disebabkan kebakaran hutan,” kata Margaret Yang, penganalisis dengan CMC Markets di Singapura.

“Dolar AS yang lebih kukuh juga memainkan peranan dalam menyekat harga komoditi,” kata beliau dalam satu nota.

Minyak diniagakan dalam dolar, bermakna dolar yang lebih kukuh menjadikannya lebih mahal untuk pemegang mata wang lain.

Peniaga juga sedang memerhati perkembangan selepas Arab Saudi mengganti menteri minyak veteran Ali al-Naimi dengan sekutu rapat Penolong Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Khaled al-Falih, pemimpin lama syarikat minyak Saudi Aramco, dilantik dalam rombakan besar dalam pengeksport minyak terbesar OPEC, yang sedang bertindak untuk mengubah ekonomi dengan mengurangkan kebergantungannya pada minyak mentah.

Perubahan itu berlaku sebelum satu mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum pada bulan depan dan menyusuli satu kegagalan pada bulan lalu oleh pengeluar utama untuk mencapai persetujuan mengenai pembekuan pengeluaran meskipun kemelesetan bekalan global.

ARTIKEL YANG SAMA