Penilaian pasaran ekuiti masih bersesuaian

Penilaian pasaran ekuiti masih bersesuaian

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) – Pacific Mutual Fund Bhd optimistik namun berhati-hati dalam langkah pelaburannya atas pasaran ekuiti pada 2016.

Ketua Pegawai Pelaburan/Pengarah Eksekutifnya Teh Chi-cheun berkata ekuiti global dijangkakan meningkat berdasarkan pertumbuhan ekonomi US yang memuaskan, dengan kecairan yang besar ekoran pengurangan kuantitatif berterusan oleh Eropah dan Jepun selain kelonggaran monetari di Asia, terutama oleh China.

‘Walaupun penilaian ke atas pasaran ekuiti semakin tinggi, ia belum lagi berlebihan,’ kata Teh dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA