Peningkatan 33 peratus Gred A

Peningkatan 33 peratus Gred A

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 7 Julai – Lebih 60 orang di kalangan pengendali kedai makan telah menghadiri Majlis Taklimat Pemeriksaan Penilaian Penggredan (Grading) Kedai Makan/Restoran di bawah kawalan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Fasa 11 Tahun 2015 yang diadakan di Dewan Bandaran, di sini, hari ini.

Hadir menyampaikan teks ucapan Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran, Awang Sarih bin Tabong selaku Pengerusi Jawatankuasa Panel Pemeriksaan Penilaian Penggredan Kedai Makan/Restoran di bawah kawalan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, ialah Penolong Pegawai Bandaran Tingkat 1, Awang Abu Bakar bin Haji Abdullah, yang mana antara lain berkata, hasil daripada pemeriksaan lalu mendapati peningkatan kira-kira 33 peratus yang mendapat Gred A.

Menurutnya, sebanyak 12 buah kedai makan/restoran telah mendapat Gred A, ia meningkat jika dibandingkan dengan hanya lima buah kedai iaitu 13 peratus pada tahun 2014, sehubungan itu katanya mereka berharap supaya penggredan bagi premis-premis berkenaan fasa 11/2015 akan dapat menunjukkan peningkatan yang lebih cemerlang.

“Peningkatan yang cemerlang adalah dengan usaha bagi menjaga kepentingan kebersihan dan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian sebelum menyediakan masakan dan hidangan kepada orang awam bagi menghindari atau mencegah jangkitan penyakit dan sebagainya,” katanya.

Hajah Norlelawati (kiri) ketika menyampaikan taklimat sambil disaksikan oleh Awang Abu Bakar.
Hajah Norlelawati (kiri) ketika menyampaikan taklimat sambil disaksikan oleh Awang Abu Bakar.
Antara pengendali kedai makan dan restoran yang hadir di majlis taklimat itu, kelmarin.
Antara pengendali kedai makan dan restoran yang hadir di majlis taklimat itu, kelmarin.

Turut sama menyampaikan taklimat ialah Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Kuala Belait, Hajah Norlelawati binti Haji Johari.

Penyampaian sijil penggredan bagi fasa 11 dijangka akan disampaikan pada bulan September depan, kepada kedai-kedai makan dan restoran yang mendapatkan Gred A, B dan C sahaja.

ARTIKEL YANG SAMA