Peningkatan harga minyak terhad

Peningkatan harga minyak terhad

SINGAPURA, 17 Nov (AFP) – Harga minyak melanjutkan pemerolehan di Asia hari ini tetapi peningkatan itu dihadkan tatkala pelabur menunggu untuk data mengenai simpanan stok minyak mentah AS yang dijangka menekankan kemelesetan bekalan global.

Harga meningkat semalam selepas jet gabungan pimpinan AS mengebom operasi minyak kumpulan Islamic State ekoran serangan ke atas Paris, tetapi penganalisis berkata kesan ketegangan geopolitik ke atas pasaran minyak adalah terhad.

Pada kira-kira 0300 GMT, minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada Disember naik 6 sen kepada $41.80 dan minyak mentah Brent untuk hantaran Januari diniagakan 11 sen lebih tinggi pada $44.67 satu tong.

Pemerolehan di WTI “adalah satu latihan untuk mempertahan minyak sebanyak $40, di mana kami melihat pemulihan 4.0 peratus selepas harga mencecah tahap rendah $40.06,” kata Bernard Aw, ahli strategi pasaran di IG Markets di Singapura.

pg19_151118_a

“Adalah sukar untuk melihat potensi lebih positif, walaupun kami mungkin semakin hampir dengan keseimbangan tahap harga di mana kami menemui persamaan dalam penawaran dan permintaan,” beritahunya kepada AFP.

Beliau berkata pelabur juga bersikap was-was sebelum laporan Jabatan Tenaga AS mengenai simpanan stok minyak mentah komersial pada minggu berakhir 13 November yang dijangka keluar esok.

Penganalisis menjangka satu lagi pertambahan dalam inventori, yang akan menandakan permintaan lebih lemah di negara pengguna minyak terkenal di dunia.

Penyelidikan BMI berkata ketegangan geopolitik yang dicetuskan oleh peningkatan tindakan tentera ke atas IS ekoran serangan Paris tidak mungkin menjadi pengaruh besar kepada harga minyak.

ARTIKEL YANG SAMA