Peninju asing rasai kickboxing Myanmar

Peninju asing rasai kickboxing Myanmar

YANGON, 25 Dis (AFP) – Satu sorakan meletus di gelanggang Yangon apabila juara setempat membaling tumbukan cangkuk ke muka pesaingnya dari Amerika, yang menjatuhkannya di pusingan pertama dalam satu perlawanan kickboxing di Myanmar.

Namun bagi peninju Amerika itu, meningkatnya jumlah peninju-peninju asing adalah disebabkan kekejaman seni mempertahankan diri Lethwei yang membuatkan mereka untuk pergi ke Myanmar, sedia untuk mencuba kemahiran pertempuran mereka.

Dengan hentakan kepala antara yang dibenarkan, pengamal Lethwei berkata sukan mereka adalah yang antara yang paling sukan dalam keluarga Kickboxing di Asia Tenggara, lebih kejam daripada seni Muay Thai Thailand.

Para pesaing membalut tangan mereka tapi tidak memakai sarung tangan, apabila mereka cuba untuk membelasah lawan mereka untuk menyerah diri. Kemenangan hanya boleh dicapai dengan Knockout sahaja.

Peninju Amerika yang berada di gelanggang pada malam itu, Cyrus “Black Dynamite” Washington, adalah di kalangan peninju profesional yang menyertai jadual perlawanan itu.

Cyrus “Black Dynamite” Washington (kanan) ketika bertarung bersama wira Myanmar Tun Tun Min. – AFP
Cyrus “Black Dynamite” Washington (kanan) ketika bertarung bersama wira Myanmar Tun Tun Min. – AFP

Dia telah bertanding beberapa kali dalam negara di mana sukan itu berkembang pesat yang menawarkan ganjaran hadiah yang meningkat.

“Hentakan kepala? Ya ia memang membahayakan tapi berasa semua unsur pertarungan adalah bahaya,” peninju berotot berusia 33 tahun itu memberitahu AFP, sebelum perlawanannya dengan pesaing unggul Lethwei negara itu, Tun Tun Min.

“Hentakan kepala, tendangan-tendangan kuat dan serangan-serangan fizikal yang lain, semuanya bahaya dalam gelanggang”

Ketika perlawanan Ahad lalu, bagaimanapun, hentakan kepala bukanlah yang jadi kebimbangan Washington.

Dia tumbang hanya terlebih satu minit dalam pusingan pertama setelah menerima tumbukan cangkuk daripada Tun Tun Min.