Penipuan terhadap stadium Piala Dunia

Penipuan terhadap stadium Piala Dunia

MOSCOW, 17 Nov – Penyiasat Rusia hari ini menyatakan bahawa mereka telah menahan seorang timbalan gabenor Saint Petersburg kerana disyaki terlibat dalam penipuan ketika pembinaan sebuah tempat berlangsungnya Piala Dunia.

Marat Oganesyan, yang merupakan timbalan ketua bagi rantaunya dari 2013 hingga 2015, menerima pertuduhan membuat perjanjian “haram” pada 2014 dengan firma pembinaan yang sepatutnya melengkapkan stadium itu dengan paparan skor video.

Jawatankuasa Siasatan Rusia, berkata dalam satu keterangan bahawa Oganesyan telah “mengatur bagi satu pemindahan lebih daripada 50 juta rubles (AS$782,000) kepada firma itu yang kemudian dicuri melalui syarikat-syarikat shell.”

Oganesyan “mengetahui pada dasarnya syarikat itu tidak mempunyai hasrat untuk membelanjakan dana yang diterima untuk membenarkan papan skor video terhadap stadium tersebut,” ujar para penyiasat.

Pegawai-pegawai penguatkuasaan undang-undang ketika ini mencari hartanah-hartanah Oganesyan di Moscow dan di rantau Moscow, menurut jawatankuasa tersebut.

Stadium Saint Petersburg yang diselubungi pelbagai korupsi dan dijangka siap dibina hujung tahun ini. – AP
Stadium Saint Petersburg yang diselubungi pelbagai korupsi dan dijangka siap dibina hujung tahun ini. – AP

Seorang lagi pegawai Saint Peterseburg, Alexander Yanchik, dan juga tiga orang kakitangan firma pembinaan itu bersubahat dalam penipuan tersebut, ujar penyiasat.

Pembinaan stadium Saint Petersburg yang memuatkan 68,000 tempat duduk itu bermula pada 2007. Ia dijangkakan siap dibina pada penghujung tahun ini.

Kerja-kerja di stadium itu telah dicemari dengan beberapa penangguhan dan skandal yang menyaksikan pembinanya dipecat pada musim panas ini.

Stadium tersebut, yang akan menghoskan salah satu perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 dan menjadi stadium pasukan Zenit Saint Petersburg, adalah salah satu daripada 12 stadium yang akan menghoskan perlawanan-perlawanan ketika kejohanan itu berlangsung. – AFP