Penjagaan kulit secara betul

Penjagaan kulit secara betul

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman mengenai penjagaan kulit dengan lebih baik, IA Salo0n sekali lagi mengadakan ‘Bengkel Penjagaan Kulit’ secara percuma bagi pelanggan-pelanggannya di cawangan The Mall, Gadong, di sini, hari ini.

Bengkel yang disertai oleh 18 orang pelanggan setia IA Saloon itu diisikan dengan sesi konsultasi dan pengimbasan kulit oleh Aesthetic Beauty SPA yang telah dijemput oleh IA Saloon.

Pada bengkel itu juga, salah seorang pakar kecantikan dari Aesthetic Beauty, Woon telah memperkenalkan rawatan Gua Sha iaitu urutan terapi tradisional Cina kepada para peserta.

Pakar kecantikan dari Aesthetic Beauty juga menjelaskan mengenai manfaat terapi tersebut yang boleh menjadikan kulit seseorang itu lembut, muda dan bercahaya, mencerahkan pigmentasi dan mengurangkan kedutan, menutupi pori-pori terbuka, memulihkan dan membina semula kulit.

Peserta-peserta bengkel bergambar ramai.
Peserta-peserta bengkel bergambar ramai.

Turut mengendalikan bengkel berkenaan ialah Pengurus IA Saloon, Cecilia Lee yang sedikit sebanyak menjelaskan tentang penjagaan kulit secara asasi seperti cara-cara mencuci muka, mengenali produk-produk penjagaan kulit, produk dan perkhidmatan urutan di rumah bagi kulit dan muka.

Antara objektif bengkel adalah untuk membantu para peserta mengenali jenis-jenis kulit mereka di samping dapat mengetahui bagaimana menjaga kulit dengan menggunakan produk dan perkhidmatan urutan kulit yang sesuai.

Dalam pada itu, IA Saloon juga akan mengadakan Bengkel ‘Penjagaan Rambut dan Kulit Kepala’ yang akan diadakan pada 2 September dari jam 10 pagi hingga 11:30 pagi.

ARTIKEL YANG SAMA