Penjagaan zat makanan kesihatan perlu diutamakan

Penjagaan zat makanan kesihatan perlu diutamakan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Seramai 15 orang peserta Kursus Asas Jurulatih Jasmani dan Sukan, Jabatan Penjara bersama lain-lain agensi telah menghadiri taklimat kesihatan mengenai penjagaan zat makanan kesihatan anjuran Pusat Promosi Kesihatan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Jongsarat Pusat Latihan Penjara itu turut dihadiri oleh Penolong Penguasa Penjara, Haji Saini bin Haji Maidin, komandan Pusat Latihan Penjara, pegawai dan jurulatih Pusat Latihan.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Penjagaan Zat Makanan Kanan, Pusat Promosi Kesihatan, Haji Zakaria bin Haji Kamis.

Penganjuran taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan penjagaan pemakanan ke arah kesihatan.

Para peserta kursus yang menghadiri taklimat berkenaan.
Para peserta kursus yang menghadiri taklimat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA