Penjara 12 bulan, 2 sebatan sabit gangguan seksual

Penjara 12 bulan, 2 sebatan sabit gangguan seksual

pg06_150710_mahkamah logo

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan dua sebatan ke atas seorang lelaki Sikh India yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap rakan sekerjanya.

Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Bahar menjatuhkan hukuman itu ke atas Harpal Singh yang didakwa melakukan kesalahan tersebut di Asmin Enterprise, Jalan Bunga Kuning, Seria sekitar jam 5 petang pada 8 Jun 2015 dengan menyentuh bahagian belakang mangsa yang berusia 23 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang membawa kepada hukuman penjara yang bolah dilanjutkan sehingga lima tahun dan sebatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Zuraidah binti Dato Paduka Haji Sidek.

ARTIKEL YANG SAMA