Penjara 14 minggu akibat gagal bayar denda

Penjara 14 minggu akibat gagal bayar denda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Kegagalan membayar denda $2,800 dalam tempoh sebulan yang diberikan oleh Mahkamah Majistret menyebabkan seorang lelaki tempatan terpaksa meringkuk di penjara selama 14 minggu.

Ibrahim bin Nawi pada 9 Jun mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan kerana gagal melaporkan diri kepada pegawai narkotik ketika di bawah program pengawasan pada 12, 19 dan 26 Oktober dan 2, 9, 16 dan 23 November 2015.

Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini.

Pendakwaan dilakukan Pe-gawai Pendakwa Narkotik, Ahmad Faez Anuar.

ARTIKEL YANG SAMA