Penjara 15 tahun bakal menanti

Penjara 15 tahun bakal menanti

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160328_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Seorang lelaki tempatan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda selepas Mahkamah Perantaraan di sini, semalam, menyabitkannya atas pertuduhan menggunakan wang palsu, pada 2005.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin menetapkan 29 Mac untuk sebutan hukuman terhadap Mohd Yaakub bin Taib yang didapati bersalah menyerahkan wang palsu berjumlah $500 ketika membeli minyak di Stesen Minyak Roxana, Seria pada 19 Mac 2005.

Atendan memberitahu tertuduh bahawa dia hanya mempunyai $300 di mana tertuduh bersetuju untuk mengambilnya, dan bakinya dianggap ‘sedekah’ untuk atendan itu.

“Tertuduh mengetahui bahawa wang itu adalah palsu apabila menyerahkannya kepada atendan tersebut, dan ini jelas apabila tertuduh melarang atendan itu untuk masuk ke dalam kerana khuatir wang itu akan diperiksa, dan bukannya tidak mahu atendan itu dimarahi.

“Tertuduh juga didapati segera meninggalkan stesen minyak itu sebelum wang palsu itu dapat dikenal pasti,” kata Hakim yang mendapati pihak pendakwaan berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abdul Raafe’ bin Haji Ibrahim.

ARTIKEL YANG SAMA