Penjara 3 bulan 3 sebatan, sabit tinggal lebih tempoh

Penjara 3 bulan 3 sebatan, sabit tinggal lebih tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_150713_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan ke atas dua lelaki warga Indonesia bagi kesalahan tinggal di Negara Brunei Darussalam melebihi tempoh yang ditetapkan.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman ke atas Hovi Hosiri, 31, dan Rizki Maulana, 35, bermula hari ini.

Kedua-dua tertuduh ditahan oleh penguat kuasa imigresen dalam satu operasi di sebuah rumah di Kampung Jerudong pada 8 dan 9 Julai 2015 yang mana kedua-duanya gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan.

Hovi Hosiri didapati tinggal di negara ini selama 215 hari sejak pas lawatannya mansuh pada 7 Disember 2014, dan telah bekerja sebagai pelayan di gerai makanan di Jerudong Park sepanjang berada di negara ini.

Manakala itu, Rizki Maulana didapati tinggal selama 201 hari sejak pas lawatannya mansuh pada 21 Disember 2014.

ARTIKEL YANG SAMA