Penjara 30 bulan akibat mencuri

Penjara 30 bulan akibat mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas seorang lelaki tempatan yang mengaku bersalah atas pertuduhan curi.

pg06_160328_mahkamah logo2Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Jumat bin Batang, 46, yang berdepan dakwaan mencuri dua botol minyak wangi di Guardian Rimba; seterika dan pengadun dari Freshco, dua pemutar skru pelbagai guna di ELZ Motors, Kampung Delima dan dua lampu suluh dari pasar raya di Plaza Athirah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu, masing-masing pada 23 Januari 2016, 21 Februari 2016, 15 dan 19 Mac 2016. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Hazirah binti Pengiran Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA