Penjara 4 bulan ugut ibu

Penjara 4 bulan ugut ibu

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160411_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Seorang lelaki tempatan dijatuhi empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mengugut ibu kandungnya dengan pisau dan merosakkan harta benda.

Haji Muhammad Dhiyaulhaq bin Haji Ariffin, 21, yang mengaku bersalah atas tuduhan itu, diperintahkan untuk menjalani hukuman itu berkuat kuasa 14 Januari 2016 iaitu hari pertama dia ditahan reman.

Dia didakwa mengugut ibunya dengan niat untuk menakutkannya dengan menghalakan pisau ke arahnya pada 12 Januari 2016 kira-kira jam 2 petang di rumah mereka di Kampung Perumahan Rimba.

Fakta kes menyebut, tertuduh berang apabila tidurnya terganggu oleh bunyi ketukan kuat di pintu biliknya di mana dia terus mengambil dua pisau dan memecahkan tingkap biliknya.

Ahli keluarganya yang terdengar bunyi pecah itu, terus pergi ke biliknya dan mendapati pintunya berkunci.

Tertuduh sebaik membuka pintu biliknya terus menjerit pada ibunya dan mengugutnya dengan pisau.

ARTIKEL YANG SAMA