Penjara 8 bulan akibat curi kunci

Penjara 8 bulan akibat curi kunci

Oleh Rafidah Jumat

 

pg10_161013_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Gara-gara mencuri satu set kunci, seorang lelaki tempatan dijatuhi lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasmyzan Hamzi bin Haji Hashimi, 30, yang mengaku bersalah mencuri kunci rumah dan kereta,

Dia melakukan kesalahan itu di kedai BL Tone & Tune Music, pada 9 Oktober 2016.

Dia mencuri kunci tersebut yang diletakkan di atas kaunter pameran dan menyimpannya di dalam poket.

Kehilangan kunci itu hanya disedari oleh jurujual kedai, yang juga pemilik kunci apabila hendak pulang ke rumah.

Apabila gagal menemukan kuncinya, jurujual itu telah memeriksa sistem televisyen litar tertutup yang mendedahkan tertuduh telah berada di tempat itu. Tertuduh adalah abang kepada rakan jurujual.

Laporan polis kemudian dibuat, yang membawa tangkapan kepada tertuduh pada keesokan harinya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA