Penjara baru dibina di Sibu

Penjara baru dibina di Sibu

SIBU, 23 Sept – Sebidang tanah berkeluasan 27 hektar di Kilometer 26 Jalan Sibu-Bintulu di sini diluluskan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi pembinaan Penjara Pusat Sibu yang baharu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat.

Beliau berkata cadangan bagi pembinaan penjara baharu tersebut akan dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak lama lagi.

Masir berkata, kos bagi pembinaan itu masih belum diketahui namun dianggarkan berjumlah antara RM100 juta dan RM200 juta dan jika diluluskan, ia dijangka mula dibina pada 2018.

Penjara itu kelak akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kuarters kediaman untuk anggota petugas beruniform dan penjawat awam penjara. – Bernama