Penjara enam bulan guna rumah untuk pelacuran

Penjara enam bulan guna rumah untuk pelacuran

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas Mahkamah Majistret mensabitkannya atas pertuduhan menggunakan kediamannya sebagai rumah pelacuran.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Sohaili bin Haji Matali.

Tertuduh selaku pemilik rumah didakwa menggunakan rumahnya yang beralamat di No. 22 Spg 791-119-3, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Sungai Buloh sebagai tempat pelacuran sekitar November 2013.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(b) Akta Perlindungan Wanita dan Gadis, Penggal 20 yang memperuntukkan penjara selama setahun dan denda $5,000.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya ialah penjara selama lima tahun dan denda $20,000.

Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Didi binti Pengiran Latiff memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah menyalahgunakan rumah yang diperolehnya melalui skim perumahan, dengan menjadikannya tempat pelacuran.

Alat pelindung dan pelincir yang dirampas dari kediaman tertuduh diserahkan kepada pihak berkuasa.

ARTIKEL YANG SAMA