Penjara Jerudong johan bola sepak penjara

Penjara Jerudong johan bola sepak penjara

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Sempena penubuhan Institusi Penjara Maraburong ke-14 tahun, Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam baru-baru ini telah mengadakan Kejohanan Akhir Bola Sepak 6 Pasukan Piala FA Antara Pegawai-pegawai Institusi Penjara Maraburong dan Pasukan Jemputan.

Muncul juara dalam kejohanan tersebut ialah Penjara Jerudong yang menewaskan Penjara Maraburong B dengan jaringan 3-0.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada juara ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penjara, Poh Eng Hua.

Tujuh pasukan telah menyertai kejohanan itu yang terdiri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Tutong, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Tutong, Ibu Pejabat Jabatan Penjara, Penjara Maraburong A, Penjara Maraburong B dan Penjara Jerudong.

Pasukan Penjara Jerudong yang menjuarai kejohanan tersebut.
Pasukan Penjara Jerudong yang menjuarai kejohanan tersebut.