Penjara menanti jika gagal bayar denda

Penjara menanti jika gagal bayar denda

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Kerana gagal mengisytiharkan rokok yang hendak dibawa masuk ke negara ini, seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda $2,400 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohammad Hardy Faizul Ezwandy bin Akob, 25, didakwa memiliki enam karton rokok pada 1 September kira-kira jam 9:30 malam.

Kertas pertuduhan menyebut, pemeriksaan yang dijalankan terhadap kereta defendan di Pos Kastam Kuala Lurah menemui rokok-rokok disimpan di tempat letak kaki pemandu.

Defendan mengaku kesemua rokok yang dibelinya di Limbang pada harga $6 sekarton itu miliknya.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh enam bulan kepada defendan untuk membayar denda dan jika gagal terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam bulan.

pg06_151013_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA