Penjara sebulan, ceroboh kediaman

Penjara sebulan, ceroboh kediaman

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menceroboh dengan niat untuk mencuri.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memutuskan hukuman itu ke atas Haji Jafri bin Haji Mohamad, 44, yang berdepan pertuduhan menceroboh kediaman pekerja di Kota Batu dengan niat untuk mencuri pada 14 Ogos 2015 kira-kira jam 12:05 tengah malam.

pg06_150818_mahkamah logo2

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara yang boleh dilanjutkan sehingga setahun dan denda.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Adri bin Ahmad Zakaria.

ARTIKEL YANG SAMA