Penjara tiga bulan, gagal bayar denda

Penjara tiga bulan, gagal bayar denda

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160719_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Kerana gagal membayar denda atas kesalahan mengambil dadah pada 2013, seorang lelaki tempatan terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman ke atas Hairulizan bin Haji Abas, 39, bermula hari ini.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi memaklumkan Majistret Hajah Ervy bahawa tertuduh gagal membayar denda $1,200 dalam tempoh empat bulan yang diberikan sejak hukuman denda dijatuhi pada 14 Mac 2016.

Hairulizan diberkas oleh pegawai narkotik dalam operasi yang dijalankan bersama Pasukan Polis Diraja Brunei di sebuah rumah di Kampung Pengiran Tejuddin Hitam pada 26 Julai 2013.

Sampel air kencing yang diambil daripada tertuduh setelah dianalisis didapati mengandungi Methylamphetamine di mana tertuduh mengaku telah mengambil dadah sehari sebelum dia diberkas.