Penjaring terbanyak Mesir ditahan

Penjaring terbanyak Mesir ditahan

KAHERAH, 13 Julai – Mahkamah di sini, mengarahkan penjaring terbanyak sepanjang zaman Mesir, Hossam Hassan ditahan selama empat hari, semalam.

Hossam didakwa selepas menyerang seorang jurugambar Kementerian Dalam Negeri dalam satu insiden pergaduhan selepas perlawanan membabitkan kelabnya.

Pergelutan berlaku Jumaat lalu antara pemain Al-Masry – kelab berpangkalan di Port Said yang dikendalikan Hassan dan Ghazl el-Mahalla – berkesudahan terikat 2-2.

Berdasarkan penghakiman dan pegawai keselamatan, legenda dan bekas kapten kebangsaan Mesir berusia 49 tahun itu, menyerang seorang jurugambar yang bertugas bagi kementerian berkenaan.

Gambar fail 30 Januari 2014 ketika Hossam bercakap kepada wartawan pada sidang akhbar di Muscat. – AFP
Gambar fail 30 Januari 2014 ketika Hossam bercakap kepada wartawan pada sidang akhbar di Muscat. – AFP

Hossam bersama penolong ketua jurulatihnya, Hassan Mustafa dan pengarah pentadbiran Al-Masry, Walid Badr diarah dilanjutkan tahanan selama empat hari lagi selepas jurugambar berkenaan membuat aduan.

Sebelum mengemudikan Al-Masry tahun lalu, Hossam dihiasi karier indah dengan menjaringkan 69 gol daripada 196 penampilan bersama Mesir – AFP

ARTIKEL YANG SAMA