Penjenamaan halal diperlukan PKS

Penjenamaan halal diperlukan PKS

PONTIAN, 25 Okt (Bernama) – Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini perlu menitikberatkan aspek pelabelan, penjenamaan dan pensijilan halal dalam penghasilan produk masing-masing, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata langkah itu bagi membolehkan produk PKS menembusi pasaran eksport ke negara-negara ASEAN dan negara lain yang akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Katanya langkah itu juga dilihat bersesuaian dengan keperluan PKS untuk menembusi pasaran halal di peringkat antarabangsa.

“Pasaran halal mempunyai nilai trilion dolar di luar negara. Jadi, jangan mengambil mudah tentang halal.

Datuk Ahmad Maslan (kanan) melawat gerai pameran selepas merasmikan Seminar Usahawan di Dewan Majlis Daerah Benut hari ini. – Bernama
Datuk Ahmad Maslan (kanan) melawat gerai pameran selepas merasmikan Seminar Usahawan di Dewan Majlis Daerah Benut hari ini. – Bernama