Penjenamaan semula pejabat baru RB di Miri

Penjenamaan semula pejabat baru RB di Miri

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah melancarkan pejabatnya yang telah diperbaharui dan dijenamakan semula di Miri, Sarawak yang terletak di Pusat Komersial CentrePoint (Fasa 2), Jalan Kubu, MCLD.

Pelancaran semula pejabat berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Jualan RB, Christina Chua dan Pengurus Negara Malaysia Timur RB, Christopher Chang.

Majlis penuh bermakna itu turut disaksikan oleh para jemputan khas, ejen pelancongan, rakan-rakan media dan ahli-ahli Royal Skies Elite.

Majlis pelancaran berkenaan telah diakhiri dengan lawatan ke sekitar pejabat baru tersebut.

RB dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini, berkata, jenama baru RB menunjukkan sifat ramah dan mesra orang Brunei, dan mereka teruja untuk menerima pengiktirafan dalam Anugerah 100 Penjenamaan Semula Global 2014 berprestij yang menghargai transformasi jenama paling berjaya di seluruh dunia.

pg08_160406_b

Christina Chua dan Christopher Chang ketika melancarkan pejabat baru tersebut.
Christina Chua dan Christopher Chang ketika melancarkan pejabat baru tersebut.

Mengulas mengenai pelancaran berkenaan, Christina Chua dipetik sebagai berkata; “Pejabat RB Miri adalah salah satu daripada pejabat luar negara kami yang dekat dan ini adalah fasa terkini dalam rangkaian proses penjenamaan menyeluruh kami yang telah bermula pada Oktober 2013 dengan ketibaan armada Dreamliner serba canggih kami.”

Menurut kenyataan itu, pejabat RB Miri ditubuhkan pada 1994 yang terletak di belakang Hotel Mega, pusat bandar sebelum berpindah ke lokasi kini pada 2008.

Penubuhan pejabat Miri adalah untuk menyelia agensi-agensi Pelancongan Sarawak dan memenuhi permintaan pelanggan di Miri.

ARTIKEL YANG SAMA