Penjenayah cabul diikat jamin

Penjenayah cabul diikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Mahkamah Majistret, hari ini, membenarkan seorang lelaki warga Indonesia yang berdepan pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 25 tahun dilepaskan dengan ikat jamin.

Muhammad Mahdi, 41, dilepaskan dengan ikat jamin $10,000 atau dua orang penjamin tempatan.

Terdahulu, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap mangsa ketika berada di dapur di kawasan Berakas, pada 13 Mac 2016 kira-kira jam 1:11 pagi.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Hukuman Jenayah yang membawa pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga lima tahun dan juga sebatan.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menetapkan 30 April untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA