Penjenayah cabul diikat jamin

Penjenayah cabul diikat jamin

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Seorang lelaki tempatan yang berdepan pertuduhan mencabul kehormatan anak jirannya dilepaskan dengan ikat jamin $7,000 atau dua orang penjamin tempatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Johari bin Haji Zaini, 42, didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh itu terhadap seorang perempuan berusia 15 tahun.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di kawasan Mentiri, pada 16 April 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354A(1) Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) yang membawa pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi dari tujuh tahun, dan juga sebatan.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 9 Mei untuk sebutan semula.