Penjenayah mencederakan, peras ugut didakwa

Penjenayah mencederakan, peras ugut didakwa

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Empat orang warga tempatan yang berdepan dakwaan mencederakan dan melakukan peras ugut terhadap seorang lelaki tempatan pada 2 November telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hari ini.

Aldani bin Awang Kifli, 33, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengurung mangsa untuk memeras wang $100 dan mencederakannya di sebuah rumah di Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

Kanafiah @ Jofree bin Japar, 50, juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan memeras mangsa dan mencederakannya dengan menggunakan pemukul bola lisut.

Mohd Hairul Azmi bin Haji Jumat, 31, juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan mata kanan mangsa dengan menggunakan pemukul bola lisut, menampar muka mangsa dan menggunakan kekerasan ke atas mangsa ketika hendak membuat rakaman mangsa. Mohd Hairul Azmi juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan membuang telefon bimbit ke sebuah rumah di Kampung Pulaie pada 4 November. Sementara itu, Norazatul Amal Nazirah@Norhafrini binti Norariffin, 20, juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menakutkan mangsa, mengurungnya untuk memeras wang $100 dan menawarkan seks dengan pembayaran $100.

ARTIKEL YANG SAMA