Penjenayah rogol mangsa bawah umur terima padah

Penjenayah rogol mangsa bawah umur terima padah

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Seorang tentera berpangkat soldadu dihukum penjara 15 tahun dan 12 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana merogol seorang perempuan di bawah umur, pada 2014.

Hakim Dato Paduka Steven Chong menjatuhkan hukuman tersebut selepas mensabitkan SLD Mohammad Amirol bin Haji Abdul Razak yang melakukan kesalahan terhadap mangsa yang berusia 13 tahun, ketika itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kelab Corporal, Tutong Kem pada kira-kira jam 2 pagi pada 25 Ogos 2014.

Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata, tertuduh telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya selaku anggota berseragam apabila dia mengambil kanak-kanak itu dari rumahnya.

pg06_160422_mahkamah logo2

“Perbezaan umur antara tertuduh dan mangsa adalah jauh tambahan lagi tertuduh sudah pun berkahwin.

“Kesan daripada rogol itu telah memberi trauma kepada mangsa yang mengalami ketakutan di mana mangsa turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana terbayangkan kejadian yang berlaku,” kata Hakim.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo.

ARTIKEL YANG SAMA