Penjenayah Rusia dipenjara di Vietnam

Penjenayah Rusia dipenjara di Vietnam

HANOI, 1 Sept – Tiga orang penipu warga Rusia, termasuklah seorang yang cuba melarikan diri dari penjara dengan menggunakan sudu dan berus gigi untuk mengorek terowong, telah dipenjara di Vietnam kerana menggunakan kad palsu Mesin Teler Automatik (ATM) untuk mencuri AS$13,400.

Lelaki-lelaki itu, berusia antara 30 dan 43 tahun telah ditahan Oktober lau sementara menantikan perbicaraan, apabila salah seorang dari mereka membuat percubaan terakhir untuk melarikan diri.

“Perbuatannya cuba mengorek lubang dari bilik dengan menggunakan berus gigi dan sudu telah diketahui oleh seorang pegawai penjara,” menurut laporan online dari surat khabar undang-undang rasmi Bandar Ho Chi Minh. Setiap dari lelaki-lelaki itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana membuat kad bank palsu dan mencuri dari mesin tunai di selatan bandar Ho Chi Minh dan wilayah Khanh Hoa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA