Penjimatan pintar ke atas tambang KLIA Ekspres, KLIA Transit

Penjimatan pintar ke atas tambang KLIA Ekspres, KLIA Transit

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) – Express Rail Link (ERL), pengendali perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit memperkenalkan pilihan penjimatan untuk penumpang untuk terus menikmati pengangkutan lapangan terbang terpantas di negara ini berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, ERL berkata, tambang kereta api KLIA Ekspres akan dikurangkan secara automatik daripada RM110 kepada RM100 apabila tiket pergi balik antara Kuala Lumpur Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dibeli.

“Penumpang digalakkan membeli tiket secara dalam talian melalui laman web KLIA Ekspres, aplikasi mudah alih dan kios layan diri untuk menikmati diskaun 10 peratus untuk tiket sehala (RM45) atau pergi balik (RM90),” katanya.

ERL juga menawarkan diskaun 20 peratus kepada pemegang kad kredit MasterCard dan kad debit apabila tiket sehala (RM40) atau tiket pergi balik (RM80) KLIA Ekspres dibeli melalui laman web, aplikasi mudah alin dan kiosnya.

Pemegang kad kredit UOB Visa Preferred Platinum/PRVI Miles yang membeli tiket KLIA Ekspres akan menikmati bayaran balik tunai 20 peratus, manakala pemegang kad kredit AmBank, AmBank Islamic atau MBF layak untuk tawaran berkenaan bagi membeli tiket KLIA Ekspress dan KLIA Transit pada harga penuh daripada kaunter tiket, kios atau dalam talian, katanya.

Sementara itu, penumpang KLIA Transit akan mendapat diskaun 10 peratus apabila membeli tiket sehala dan pergi balik dikios.

Penumpang harian KLIA Transit akan menikmati penjimatan besar antara 17 hingga 83 peratus apabila menggunakan Kad Perjalanan Bulanan atau Mingguan KLIA.

ARTIKEL YANG SAMA