Penjual bantah Roda Ferris diturunkan

Penjual bantah Roda Ferris diturunkan

PARIS, 24 Nov – Penjual di tapak pesta Paris hari ini menggunakan trak-trak untuk menyekat jalan-jalan di Place de la Concorde dalam bantahan berhubung permintaan kerajaan bahawa roda Ferris yang menjadi kemegahan di medan itu akan diturunkan.

Sekitar 60 buah trak melakukan sekatan pada awal pagi yang sibuk di medan gergasi itu – persimpangan utama di tapak Champs-Elysees yang menghala ke sebuah jambatan di sungai Seine.

Roda sebesar 70 meter (230 kaki) itu telah menjadi pelengkap kampung Christmas di Champs-Elysees sejak 2000, mencetuskan sekitar 300,000 pengunjung setahun dengan pemandangan menakjubkan bandar tersebut.

Ia membuat kemunculannya semula pada musim panas sekitar pertandingan bola sepak Euro namun telah menjadi kontroversi sejak itu.

Penjual di tapak pesta menyekat akses menuju ke Place de la Concorde dalam menyokong Gerard Campion, yang dikehendaki untuk memindahkan roda Ferrisnya, pada 24 November di Paris. – AFP
Penjual di tapak pesta menyekat akses menuju ke Place de la Concorde dalam menyokong Gerard Campion, yang dikehendaki untuk memindahkan roda Ferrisnya, pada 24 November di Paris. – AFP

Kementerian kebudayaan telah menuduh pemiliknya yang berusia 76 tahun, raja tapak pesta Marcel Campion, secara haram menduduki tapak kepentingan sejarah.

Campion menafikan sebarang salah laku, mengatakan Bandar Paris memberinya kebenaran untuk roda itu kekal di sana sehingga Mei 2007.

Penunjuk perasaan berpakaian ala Christmas juga berkumpul di medan tersebut, sambil diperhatikan oleh puluhan polis rusuhan.

“Penjual tapak pesta menyokong roda Paris ini,” menurut sepanduk yang didirikan di tapak itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA