Penjual buku HK hilang lucut kerakyatan Britain

Penjual buku HK hilang lucut kerakyatan Britain

HONG KONG, 1 Mac (Reuters) – Seorang penjual buku Hong Kong dan pemegang pasport Britain yang hilang pada tahun lalu berkata beliau akan melucutkan kerakyatan Britainnya, menambah beliau tidak diculik oleh pihak berkuasa China seperti yang disyaki, tetapi telah menceroboh masuk ke China.

Lee Bo, memegang dua kerakyatan Britain dan Hong Kong, serta empat rakan telah hilang sejak setengah tahun lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa China telah menculik beberapa lelaki dan membawa mereka ke China.

Kehilangan mereka menimbulkan kebimbangan yang China sedang menggunakan taktik tidak jelas untuk menghakis formula ‘sebuah negara, dua sistem’ yang telah mengawal Hong Kong sejak kepulangannya kepada China daripada pemerintahan Britain pada 1997.

Dalam satu siasatan, sekurang-kurangnya seorang daripada lelaki berkenaan kini berdepan dakwaan jenayah kerana menjual dan mengedar buku yang mengkritik pemimpin Parti Komunis China yang diharamkan di China.

Dalam temu bual selama 20 minit dengan Televisyen Phoenix China lewat malam semalam, Lee Bo memberikan butiran terperinci pertama tentang kehilangannya dari Hong Kong pada akhir Disember, berkata beliau telah pulang ke China atas kemahuannya sendiri.

“Saya sentiasa rasa bahawa saya adalah rakyat Hong Kong, dan disebabkan orang telah menggunakan kerakyatan Britain saya untuk mensensasikan dan menjadikan keadaan lebih rumit, itulah sebabnya saya memutuskan untuk melucutkan kerakyatan Britain saya,” kata Lee, yang nampak tenang dalam temu bual.

Kerajaan Britain berkata ia akan memberikan sokongan kepada Lee, lapor BBC, ekoran komen terbaru beliau.

ARTIKEL YANG SAMA