Penjual buku HK ‘hilang’ muncul semula

Penjual buku HK ‘hilang’ muncul semula

HONG KONG, 25 Mac (AFP) – Penjual buku Hong Kong Lee Bo yang hilang dari bandar dan muncul semula di China telah pulang, kata polis semalam dalam perkembangan terbaru satu kes yang telah menimbulkan kemarahan mengenai campur tangan China di bandar tersebut.

Warga Britain Lee adalah salah seorang daripada lima penjual buku Hong Kong yang dipercayai ‘hilang’ dalam beberapa bulan ini – empat orang lain kini diletakkan di bawah siasatan jenayah di China.

Kesemua lelaki bekerja untuk firma percetakan Mighty Current di Hong Kong, yang menerbit judul lucah mengenai komplot politik dan kisah cinta pada peringkat tertinggi politik China.

Kes Lee telah mencetuskan bantahan disebabkan beliau hilang dari Hong Kong, mendorong tuduhan bahawa ejen penguatkuasaan undang-undang China sedang beroperasi di bandar separa autonomi itu, yang haram di bawah perlembagaannya. Empat penjual buku lain juga hilang dari Thailand atau selatan China.

Lee Bo (kanan) semasa menyertai demonstrasi mendesak kerajaan menyiasat kehilangan lima kakitangan sebuah syarikat penerbitan Hong Kong dalam satu gambar fail 3 Januari 2016. – Reuters
Lee Bo (kanan) semasa menyertai demonstrasi mendesak kerajaan menyiasat kehilangan lima kakitangan sebuah syarikat penerbitan Hong Kong dalam satu gambar fail 3 Januari 2016. – Reuters

“Jabatan imigresen dan polis bertemu dengan mengambil kenyataan berasingan dengan Lee Bo, yang telah pulang ke Hong Kong dari China pada tengah hari ini,” kata kenyataan kerajan yang dikeluarkan lewat semalam.

Lee telah diserah kepada pegawai imigresen di sempadan Lok Ma Chau di utara Hong Kong, kata kenyataan.

Lee,65, kali terakhir dilihat di gudang buku Hong Kong sebelum kehilangannya, tetapi bercakap di khalayak ramai untuk kali pertama di televisyen China pada akhir bulan lalu berkata beliau telah pergi ke China atas kerelaannya sendiri.

Bagaimanapun, Britain pada Februari berkata, ia percaya Lee telah ‘disingkirkan ke China tanpa kerelaannya’ dalam apa yang digambarnya sebagai ‘pencabulan serius’ satu perjanjian yang ditandatangani dengan Britain sebelum Hong Kong diserah kembali kepada China pada 1997, satu perjanjian yang melindungi kebebasan Hong Kong selama 50 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA