Penjualan kereta AS lembab bulan Ogos

Penjualan kereta AS lembab bulan Ogos

CHICAGO, 2 Sept – Sektor kereta AS bergelut untuk mengekalkan momentum jualan pada Ogos, dengan kebanyakan pengeluar kereta utama melaporkan pada hari ini bahawa mereka menjual kurang kenderaan, tatkala diskaun berkurangan tidak mendorong pelanggan daripada mengunjungi bilik pameran.

General Motors, pengeluar kereta terbesar di AS, melaporkan kemerosotan jualan lapan peratus berbanding dengan Ogos 2015. Ford dan Toyota (pengeluar kereta terbesar dunia) kedua-duanya melaporkan kemerosotan lima peratus.

Unit Fiat Chrysler di Amerika Utara menentang trend tersebut, melaporkan pertambahan jualan sebanyak tiga peratus yang didorong oleh kenderaan sport utiliti Jeep yang popular.

Gambar fail bertarikh 6 April 2016 menunjukkan seorang juruteknik memasang pintu kenderaan Nissan Altima di pusat pemasangan di Nissan Canton Vehicle Assembly Plant, Canton. – AP
Gambar fail bertarikh 6 April 2016 menunjukkan seorang juruteknik memasang pintu kenderaan Nissan Altima di pusat pemasangan di Nissan Canton Vehicle Assembly Plant, Canton. – AP

Ketua Toyota AS Bill Fay berkata industri “agak meleset pada Ogos.” Namun syarikat itu menyumbangkan kemelesetan kepada kekurangan hujung minggu Hari Pekerja pada Ogos ini – ia jatuh pada September tahun ini – di mana promosi diskaun mungkin membantu angka jualan.

Di seluruh industry, pakar runding Autodata berkata hantaran merosot 0.6 peratus daripada Julai dan 4.1 peratus berbanding Ogos 2015. Kadar jualan tahunan berjumlah 17 juta unit, juga di bawah jumlah pada masa ini tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA