Penjualan kereta Eropah meningkat 13.7 peratus

Penjualan kereta Eropah meningkat 13.7 peratus

PARIS, 15 Dis (AFP) – Penjualan kereta Eropah meningkat sebanyak 13.7 peratus pada November, tetapi Volkswagen menyusuli dengan pertambahan sebanyak 4.1 peratus sahaja, data daripada badan industri perniagaan menunjukkan hari ini.

Sementara VW masih merupakan pengeluar kereta teratas di Eropah berdasarkan jualan, ia mempunyai pemerolehan peratusan bulanan paling kecil daripada semua pengeluar kereta, data Persatuan Pengeluar Kereta Eropah menunjukkan.

VW telah dibelenggu dalam skandal sejak September, apabila ia mengaku ia telah memasang perisian penipuan pengeluaran dalam 11 juta kenderaan enjin diesel di seluruh dunia.

Skandal itu kemungkinan besar menelan kos berpuluh bilion euro dalam kos membaiki dan denda dan timbulnya kebimbangan ia juga akan menjejas jualan.

Syarikat itu berkata pada minggu lalu jualan kesemua 12 jenamanya yang berlainan di seluruh dunia merosot 2.2 peratus pada November.

Walaupun jualan VW Eropah masih meningkat pada November, saham pasarannya merosot kepada 24.3 peratus berbanding dengan 26.6 peratus dalam bulan yang sama tahun lalu.

Dalam tempoh 11 bulan tahun itu, pendaftaran kereta baru Eropah, proksi untuk jualan, meningkat 8.7 peratus kepada 12.6 juta kenderaan, telah pun mengatasi jumlah yang dijual pada 2014.

“Namun, keputusan ini hanya mencecah tahap yang didaftar dalam tahun-tahun selepas krisis,” kata Persatuan Pengeluar Kereta Eropah dalam satu kenyataan.

Sebanyak 1.08 juta kenderaan yang dijual pada November tahun ini masih jauh daripada 1.2 juta kenderaan yang dijual ketika bulan berkenaan pada 2006 dan 2007, sebelum krisis ekonomi global meletus.

ARTIKEL YANG SAMA