Penjualan pro...

Penjualan produk makanan Swiss menurun

ZURICH, 20 April – Syarikat makanan dan minuman Swiss pada hari ini melaporkan pertumbuhan jualan lembap tatkala kekuatan pasaran Asia dihapus oleh perbelanjaan pengguna lemah di Amerika.

Jualan suku pertama meningkat 0.4 peratus kepada 21 bilion francs Swiss, lebih rendah daripada jangkaan penganalisis yang dikumpul oleh agensi AWP sebanyak 21.3 bilion francs.

Namun pertumbuhan jualan organik, yang tidak termasuk faktor kadar tukaran serta pemerolehan dan pengeluaran sampingan, adalah lebih baik daripada dijangka pada 2.3 peratus berbanding 2.1 peratus yang dijangka oleh penganalisis.

Kadar tukaran yang tidak positif menjejas pertumbuhan jualan dengan 0.4 mata dan jualan aset dengan 1.5 mata. Nestle berkata ia bergelut di Amerika Utara, di mana kelemahan dalam jualan konfeksi dan makanan haiwan menghapus kadar pusing ganti kopi dan makanan beku yang dinamik.

Jualan Brazil terjejas akibat kelemahan ekonomi negara tersebut, sementara Eropah barat terjejas oleh harga merosot. Asia, Oceania dan Afrika Sahara menunjukkan pertumbuhan keseluruhan dalam jualan, dengan kekecualian China di mana kadar pusing gantinya merosot.

Pengerusi Nestle Ulf Mark Schneider, yang mengambil alih syarikat Swiss pada Januari, berkata dalam kenyataan syarikat bahawa beliau menyokong ramalannya untuk tahun 2017, berkata pertumbuhan organik harus mencecah di antara dua dan empat peratus. – AFP