PENJURU anjur Majlis Berhari Raya 31 Julai ini

PENJURU anjur Majlis Berhari Raya 31 Julai ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Persatuan Jururawat Brunei (PENJURU) akan mengadakan Majlis Berhari Raya Bersama Keluarga pada 31 Julai ini untuk memberi peluang beramah mesra bagi mengeratkan silaturahim serta memberikan semangat dan penghargaan bagi semua jururawat dan bidan atas sumbangan bakti, tenaga dan masa mereka kepada masyarakat dan negara.

Majlis yang akan diadakan di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan di sini juga sebagai motivasi, galakan dan dorongan kepada semua kalangan jururawat dan bidan untuk terus gigih berusaha demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan khasnya.

Bagi memeriahkan acara, hadiah-hadiah tiket bertuah hasil sumbangan setiap bahagian, unit, jabatan dan wad di kesemua hospital serta pusat kesihatan akan diadakan.

Bayaran penyertaan ialah $10 untuk dewasa dan $5 untuk kanak-kanak.

ARTIKEL YANG SAMA