PENJURU anjur senamrobik 16 Oktober

PENJURU anjur senamrobik 16 Oktober

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Persatuan Jururawat Brunei Darussalam (PENJURU) buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Sesi Senamrobik Beramai-ramai bagi mengumpul dana untuk tabung PENJURU, pada 16 Oktober di Pusat Belia, di ibu negara.

Acara itu dijangka bermula jam 7 pagi di mana sesi itu akan berlangsung selama satu jam dengan tunjuk ajar daripada jurulatih aerobik dari Activfitness Studio.

Menurut pihak penganjur, acara itu selain daripada usaha untuk menambah sumber kewangan tabung PENJURU, ia turut dihasratkan untuk membudayakan sikap perpaduan dengan masyarakat serta untuk mendedahkan kegiatan sihat sambil beriadah kepada orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam acara senaman aerobik beramai-ramai itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA