PENJURU rai Aidilfitri 9 Ogos

PENJURU rai Aidilfitri 9 Ogos

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Persatuan Jururawat Negara Brunei Darussalam (PENJURU) akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga pada 9 Ogos ini bagi memberi peluang kepada semua jururawat, jururawat pergigian dan bidan untuk beramah mesra serta mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka.

Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Afiah, Jalan Commonwealth, Berakas itu akan bermula jam 2.00 petang diharap akan juga memberi motivasi, galakan dan dorongan kepada semua jururawat dan bidan untuk terus gigih berusaha demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan khasnya.

Yang Di-Pertua Persatuan PENJURU Negara Brunei Darussalam, Datin Paduka Hajah Suraya Noridah binti Abdullah dijangka hadir selaku tetamu kehormat majlis itu nanti.

Tetamu-tetamu lain yang dijangka hadir ialah pengarah Perkhidmatan Kejururawatan, pegawai Jururawat Tingkat Khas, pegawai jururawat, jururawat, pembantu jururawat, jururawat pergigian dan bidan dari keempat-empat daerah, Pusat Kanser Negara (National Cancer Centre), JPMC, Gleanegles dan ahli jawatankuasa tertinggi Persatuan PENJURU.

Menurut penganjur, harga tiket bagi acara tersebut ialah $10 bagi dewasa dan $5 bagi kanak-kanak.

ARTIKEL YANG SAMA