Pennetta sokong bidaan Rom

Pennetta sokong bidaan Rom

MILAN, 18 Sept (Agensi) – Juara Terbuka Amerika Syarikat yang baru dinobatkan, Flavia Pennetta menyokong bidaan Rom untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2024.

Pennetta berkata “selepas tahun yang hebat bagi saya pada 2015, sekarang sudah tiba masanya untuk Rom.”

Pennetta menewaskan rakan senegara Itali, Roberta Vinci di New York pada Sabtu untuk memenangi kejuaraan Grand Slam pertamanya dan dengan serta merta mengumumkan persaraannya.

Pennetta, 33 tahun, berkata “Saya fikir Itali mempunyai peluang yang baik dan saya meminta semua orang supaya bersatu dalam bidaan tersebut. Jika Rom memerlukan kemenangan, saya sudah bersedia.”

Gambar fail bertarikh 13 September 2015 menunjukkan juara perseorangan wanita Terbuka AS dari Itali, bergambar bersama-sama tunangnya Fabio Fognini serta trofi kemenangan di New York. – AFP
Gambar fail bertarikh 13 September 2015 menunjukkan juara perseorangan wanita Terbuka AS dari Itali, bergambar bersama-sama tunangnya Fabio Fognini serta trofi kemenangan di New York. – AFP

Rom disahkan secara rasmi oleh IOC pada Rabu sebagai satu daripada lima bandar calon untuk menganjur Sukan 2024, di samping Budapest, Hamburg, Los Angeles dan Paris.

Pengundian akan diadakan di Lima, Peru pada September 2017.

ARTIKEL YANG SAMA