Penolong kanan dipecat gara-gara tampar jurugambar

Penolong kanan dipecat gara-gara tampar jurugambar

RIYADH, 5 Mei (AFP) – Raja Arab Saudi, Salman memecat penolong kanan hari ini, sejurus selepas video yang disiarkan online itu kelihatannya menunjukkan pegawai itu telah menampar seorang jurugambar, menurut media kerajaan.

Salman menggantikan ketua protokol diraja, Mohammed al-Tobayshi dengan Khalid al-Abbad, menurut dekri yang disiarkan oleh agensi berita rasmi SPA.

Dalam video yang tersebar di media sosial itu, Tobayshi kelihatannya telah menampar salah seorang jurugambar yang membuat liputan mengenai majlis resepsi Raja Maghribi, Mohammed VI yang dianjurkan monarki Saudi. Keputusan pantas itu dialu-alukan oleh warga Saudi dalam rangkaian sosial berkenaan.

“Inilah ketegasan Salman,” tulis jurnalis Saud al-Murshid dalam akaun Twitternya, menyentuh tentang operasi tentera yang diketuai Saudi ke atas pemberontak Syiah di Yaman, yang digelar Operasi Decisive Storm.