Penolong pegawai didakwa pecah amanah

Penolong pegawai didakwa pecah amanah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Seorang penolong pegawai kewangan di Jabatan Kerja Raya (JKR) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan pecah amanah, pada 2014.

Tapak @ Zamil bin Tingkah selaku pegawai yang diamanahkan oleh jabatan itu didakwa melakukan pecah amanah wang kutipan harian Tol Rasau berjumlah $12,300 milik jabatannya,

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa penjara sehingga 10 tahun dan juga denda.

pg06_160909_mahkamah-logo

Dia juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu melakukan pecah amanah wang kutipan harian Tol Rasau berjumlah $12,300 milik JKR yang diamanahkan ke atasnya, dan didakwa di bawah Seksyen 406 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun dan juga denda.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 28 Ogos dan 14 September 2014.

Timbalan Pendakwa Raya, Yvonne Lim memohon untuk kes tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Perantaraan, dan dibenarkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.

Tarikh sebutan di mahkamah itu akan ditetapkan kemudian.

ARTIKEL YANG SAMA