Penonton kecoh, aksi Marseille-Lyon terhenti

Penonton kecoh, aksi Marseille-Lyon terhenti

MARSEILLE, 21 Sept (AFP) – Perlawanan antara pasukan Marseille dan Lyon dalam saingan Ligue 1 di Stade Velodrome semalam terhenti ketika tempoh permainan berbaki setengah jam selepas penonton membuat kekecohan.

Pegawai pertandingan mengarahkan pemain kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan sebagai langkah keselamatan.

Keadaan menjadi semakin membahayakan selepas pelbagai objek termasuk botol dan gelas, menghujani kawasan padang ketika penjaga gol Lyon, Anthony Lopes hendak mengambil sepakan.

Kekecohan mula timbul selepas bekas bintang Marseille, Mathieu Valbuena yang kini mewakili Lyon kembali beraksi di stadium berkenaan.

Polis campur tangan ketika berlaku kekecohan pada perlawanan Ligue 1 Olympique Marseille menentang Olympique Lyon di Stadium Velodrome di Marseille, Perancis pada 20 September 2015. – Reuters
Polis campur tangan ketika berlaku kekecohan pada perlawanan Ligue 1 Olympique Marseille menentang Olympique Lyon di Stadium Velodrome di Marseille, Perancis pada 20 September 2015. – Reuters

Pemain itu disorak penonton dengan jeritan boo sepanjang permainan dan dia mula menjadi sasaran lontaran objek ketika hendak mengambil sepakan sudut.

Ketika perlawanan dihentikan, Lyon sedang mendahului tuan rumah, 1-0 menerusi sepakan penalti Alexandre Lacazette.

ARTIKEL YANG SAMA