Penonton meninggal tonton aksi Everton –Stoke

Penonton meninggal tonton aksi Everton –Stoke

LIVERPOOL, 29 Ogos – Everton mengesahkan seorang lelaki yang menonton pertembungan Liga Perdana (PL) Inggeris menentang Stoke City, Sabtu lalu meninggal dunia selepas mengadu tidak sihat ketika perlawanan.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata lelaki berusia 51 tahun, yang duduk di kawasan tempat duduk Sir Philip Carter di Goodison Park merasa tidak sihat kira-kira jam 4.15 petang.

Menurut kelab itu lagi, pihak polis, doktor yang tidak bertugas serta staf perubatan sudah melakukan rawatan kecemasan, CPR kepadanya sebelum ketibaan ambulans. Dia bagaimanapun meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

“Ingatan dan doa semua orang di kelab bola sepak ini berada bersama dengan keluarga dan rakan-rakannya,” kata kelab itu. – AP