Pensyarah Britain ditemui mati di China

Pensyarah Britain ditemui mati di China

HONG KONG, 13 April (AFP) – Seorang pensyarah Britain yang mengajar di Hong Kong telahpun ditemui mati di China dan ‘mungkin’ dibunuh, kata polis, dengan kebimbangan kehilangannya tiga minggu lalu mempunyai kaitan dengan perjanjian harta bernilai berjuta-juta dolar.

Media tempatan melaporkan Hilary Bower, 60, telahpun dibunuh, namun polis Hong Kong hanya mengesahkan beliau telah dibunuh.Bower bekerja di Universiti Politeknik Hong Kong dan tinggal di sempadan di selatan bandar China Shenzhen, berulang-alik di antara dua tempat. Beliau tinggal bersama teman wanitanya dan anak lelaki berusia enam tahun, menurut laporan.

Polis Hong Kong berkata hari ini mereka telah menerima pemberitahuan daripada pihak berkuasa China bahawa Bower telah dibunuh di China. Tidak adanya butir-butir lanjut mengenai di mana beliau ditemui atau bagaimana beliau mati.

“Polis telah menerima pemberitahuan daripada pihak berkuasa China mengatakan beliau dibunuh pada malam 22 Mac,” kata kenyataan polis Hong Kong. Satu sumber polis memberitahu AFP ia “mungkin satu pembunuhan” tetapi tidak adanya pengesahan daripada rakan sejawatan China.

ARTIKEL YANG SAMA