Pentadbiran kerajaan Thailand terus berfungsi tanpa gangguan

Pentadbiran kerajaan Thailand terus berfungsi tanpa gangguan

BANGKOK, 17 Okt – Pentadbiran kerajaan Thailand terus berfungsi tanpa gangguan walaupun negara berkabung atas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej dan persiapan dijalankan bagi pengurusan jasad mendiang mengikut adat diraja.

Jurucakap Kerajaan Left. Jen. Sansern Kaewkamnerd berkata, ia tidak mahu kerja-kerja itu mengalami gangguan.

Jurucakap itu berkata, Perdana Menteri Jen. Prayut Chan-o-cha menafikan khabar angin di media sosial kerajaan telah mengarahkan potret mendiang Raja Bhumibol diturunkan dari pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan tempat awam.

Beliau berkata, potret Raja perlu dipamerkan khusus untuk orang ramai memberi penghormatan tetapi, bendera dengan lambang diraja untuk istiadat ketika mendiang masih hidup harus diturunkan.

Sansern meminta orang ramai mendapatkan maklumat daripada kerajaan dan bukan daripada saluran lain. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA