Pentagon pertingkat sistem elektronik siber

Pentagon pertingkat sistem elektronik siber

NATIONAL HARBOR. Md, 18 Sept (Reuters) – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) sedang membina sistem besar elektronik untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang mudahnya rangkaian komputer ketenteraan diserang, sistem senjata dan pangkalan dan membantu para pegawai membaikinya, timbalan pemerintah Kawalan Siber AS berkata semalam.

Leftenan Jeneral Pasukan Tentera Udara Kevin McLaughlin memberitahu Reuters, para pegawai seharusnya mencapai perjanjian berhubung rangka kerja dalam tempoh beberapa bulan, dengan matlamat mengubah sistem menjadi “kad mata” automatik dalam tahun-tahun mendatang.

Usaha itu yang diketuai oleh ketua pegawai maklumat Pentagon tumbuh daripada laporan kritikal tentang ancaman siber yang dikeluarkan awal tahun ini oleh ketua penguji senjata Pentagon dan meningkatkan serangan siber oleh China dan Rusia.

Laporan Michael Gilmore, pengarah ujian dan penilaian Pentagon, memberi amaran bahawa hampir setiap sistem senjata utama AS mudah terdedah kepada serangan siber.

“Kemasukan data awal akan dilakukan secara manual, tetapi matlamat adalah untuk membuat sistem automatik sepenuhnya yang akan membantu pegawai-pegawai pertahanan dengan segera mengesan dan memberi respons kepada serangan siber, McLaughlin berkata selepas ucapan di Sidang Mesyuarat Keselamatan Siber Bilington.

MLaughlin memberitahu persidangan bahawa Kawalan Siber telah pun menubuhkan kira-kira separuh dari 133 pasukan tindak balas siber dengan kira-kira 6,200 orang dan kesemuanya akan mencapai kemampuan operasi awal menjelang akhir 2016.

Menurutnya tumpuan awal kad mata baru adalah tentang ancaman terbesar, termasuklah sistem senjata 30 tahun lalu sebelum ancaman siber sepenuhnya difahami dan juga sistem-sistem lebih baru tidak cukup selamat.

“Mungkin wang tidak mencukupi di dunia untuk membaiki kesemua perkara itu, tetapi persoalan adalah apa yang paling penting, di mana seharusnya kita meletakkan sumber ketika kita mengambil satu bahagian besar dalam satu masa,” katanya.

McLaughlin berkata kad mata pada awalnya dihasratkan untuk menilai senjata dan rangkaian, tetapi Pentagon kini menimbangkan pendekatan lebih meluas dan lebih sofistikated yang juga diperkira tentang bagaimana data berfungsi di kalangan agensi dalam ketenteraan.

ARTIKEL YANG SAMA