Pentagon pindah banduan Yaman di Guantanamo

Pentagon pindah banduan Yaman di Guantanamo

WASHINGTON, 23 Jun (AFP) – Pentagon semalam mengumumkan pemindahan banduan Yaman dari Teluk Guantanamo ke Montenegro, menjadikan jumlah tahanan yang tinggal di penjara tentera kontroversi itu turun kepada 79 orang.

Abdel Malik Ahmed Abdel Wahab al-Rahabi, yang berada di Guantanamo sejak Januari 2002, disyor untuk dilepaskan oleh enam agensi dan jabatan-jabatan kerajaan, kata Pentagon. Menurut fail bocor yang diterbitkan WikiLeaks dan New York Times, Rahabi adalah dari Yaman, menjadi pengawal peribadi untuk Osama bin Laden dan ada talian melalui perkahwinan kepada bekas pemimpin Al-Qaeda itu. Dilahirkan pada tahun 1979, Rahabi ditangkap pada Disember 2001 dikalangan sekumpulan 31 pejuang Al-Qaeda lain yang disebut ejen perisikan AS sebagai “Dirty 30,” menurut negeri. “Amerika Syarikat amat berterima kasih kepada kerajaan Montenegro atas kemanusiaan dan kesediaan mereka menyokong usaha-usaha berterusan AS untuk menutup pusat tahanan Teluk Guantanamo,” kata Pentagon.

Guantanamo adalah sebuah pangkalan tentera laut US terletak di hujung tenggara Cuba. Pentadbiran George W. Bush membuka penjara di sana untuk menahan suspek pengganas.

ARTIKEL YANG SAMA