Pentagon tingkat guna dron

Pentagon tingkat guna dron

WASHINGTON, 17 Ogos (AFP) – Ketenteraan Amerika Syarikat akan meningkatkan secara drastik penerbangan dron sepanjang tempoh empat tahun akan datang, dalam bidaan untuk memantapkan lagi perisikan dan keupayaan serangan di seluruh beberapa zon yang berkonflik, lapor Wall Street Journal semalam.

Pentagon merancang meningkatkan jumlah penerbangan harian dari 61 pada masa ini kepada sehingga 90 menjelang 2019, seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu Journal.

Langkah itu mewakili peningkatan pertama yang signifikan dalam program dron AS yang mencetuskan kontroversi sejak 2011, berikutan berlakunya peningkatan kawasan bergolak global.

Selain menyediakan pengawasan tambahan di wilayah seperti Ukraine, Iraq, Syria, Laut China Selatan dan Afrika Utara, rancangan terbaru itu juga akan mengembangkan kapasiti Pentagon bagi serangan udara dron.

Gambar fail bertarikh 2 Januari 2015 menunjukkan salah sebuah pesawat dron ketika ia terbang di ruang udara lapangan terbang tentera Nigeria, Diori Hamani di Niamey. – AFP
Gambar fail bertarikh 2 Januari 2015 menunjukkan salah sebuah pesawat dron ketika ia terbang di ruang udara lapangan terbang tentera Nigeria, Diori Hamani di Niamey. – AFP

Program tersebut, yang berkembang secara besar-besaran ketika di bawah pemerintahan Presiden Barack Obama, menjadi tumpuan kritikan daripada para pemerhati yang berkata serangan dron banyak mengorbankan jiwa yang tidak berdosa.

Kumpulan-kumpulan bukan partisan berkata serangan dron AS mengorbankan sekurang-kurangnya 3,000 orang, lapor Journal itu.

Di bawah rancangan baru, Tentera Udara AS, yang pada masa menjalankan misi dron, akan mendapat bantuan daripada Tentera, Ketumbukan Operasi Khas dan para kontraktor kerajaan.