Penterjemah suspek bom Bangkok ditahan

Penterjemah suspek bom Bangkok ditahan

BANGKOK, 3 Jun – Seorang penterjemah bagi dua lelaki Uighur yang dituduh atas serangan pengeboman maut Bangkok telah ditahan reman hari ini kerana memiliki dadah, melanjutkan lagi perbicaraan rumit yang gagal untuk mencari jawapan penting mengenai serangan yang tidak pernah berlaku dulu di Thailand.

Sirojiddin Bakhodirov telah ditangkap minggu ini bersama sejumlah kecil marijuana dan kristal meth. Hari ini mahkamah Bangkok telah melanjutkan penahanan warga Uzbeck itu, menurut polis.

Namun Bakhodirov, yang satu-satunya penterjemah warga Uighur itu dalam perbicaraan bom Bangkok, memberitahu AFP menerusi telefon bahawa dadah itu telah disuntik ke atasnya sebagai hukuman kerana membantu komuniti Uighur, Thailand.

Minoriti etnik itu berdepan pendakwaan dan diskriminasi di tanah air mereka di barat laut China, telah memaksa sebilangannya untuk lari dan sering menggunakan Thailand sebagai sebuah negara transit.

Dua lelaki Uighur telah ditangkap berhubung pengeboman pada Ogos 2015 yang membunuh 20 orang – kebanyakannya pelancong etnik China – di tempat suci Erawan Bangkok.

“Saya tidak bersalah, mereka kenakan saya,” kata Bakhodirov memberitahu AFP atas tuduhan dadahnya. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA